Putrajaya Wujudkan Kaunter Bayar Zakat Secara 'Drive Thru'
PUTRAJAYA: Pihak pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya membuka kaunter khas zakat fitrah secara 'drive thru' untuk memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat.
Idea ini hasil cetusan uman besar masjid berkenaan, Hazaruddin Baharuddin sebagai usaha membantu umat Islam membayar zakat dengan cepat dan mudah, tanpa perlu ke kaunter zakat.
Salah seorang amil di kaunter zakat 'drive thru' berkenaan, Azmuddin Ariffin memberitahu jumlah kutipan zakat meningkat dua kali ganda setelah menggunakan cara itu.
“Sejak kaunter zakat drive thru ini beroperasi pada tahun 2011, jumlah kutipan zakat fitrah meningkat setiap tahun di mana setiap seorang amil yang bertugas memegang 100 buah buku resit zakat berbanding 50 buah buku sebelum kaunter ini dibuka.
"Kaunter zakat fitrah drive thru beroperasi di Lobi Utama, MTMZA dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam di sepanjang bulan Ramadan,” katanya.
Jadi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan bolehlah menggunakan peluang membayar zakat secara 'drive thru' di sini.
Ingat, pembayaran zakat fitrah adalah wajib buat umat Islam. -Siakapkeli.my