Kami pasti menu ayam panggang atau ayam golek antara hidangan hangat sepanjang bulan Ramadhan ini dikalangan umat Islam.
Malah di bazar-bazar Ramadhan juga kelihatan ramai peniaga menjual menu ini, sama ada yang diperap dengan rempah atau madu, kedua-duanya 'confirm' boleh buat anda kecur liur kan?
Di sini kami senaraikan beberapa lokasi yang menjual ayam panggang atau ayam golek yang sering dicadang oleh ramai orang.
1. Ayam Golek Kampung Melayu Subang
Ia merupakan resepi warisan Aida dan keluarganya. Kehebatan dan keenakan ayam golek ini pernah disiarkan di Sinar Harian tahun lalu. Mereka menjual seekor ayam golek ini dengan harga RM20.
2. Ayam Golek Bro Klang
Rata-rata pelanggannya dikatakan berpuas hati dengan resepi ayam golek ini.
Dikatakan popular di kalangan penduduk Klang, anda boleh mendapatkannya di Restoran Ayam Golek Bro berhampiran lampu isyarat Jalan Kapar ke Rantau Panjang dan ke Klang.
Mereka turut menyediakan perkhidmatan katering.
3. Ayam Golek Dara Nilai
Ini juga dikatakan 'the best' ayam golek, tetapi anda harus berkunjung ke Nilai untuk merasai keenakannya.
Seekor ayam golek berharga RM18, manakala bagi set bersama nasi pula hanya RM5.50 sepinggan.
4. Ayam Golek Ameen Shah
Restoran ini terletak di PJS 1, Petaling Jaya.
Selain permintaan terhadap ayam goleknya, pelanggan turut menggemari hidangan nasi ayam di restoran ini.
5. Ayam Golek Lima Bintang
Telah beroperasi selk ama 20 tahun, ayam golek ini mempunyai kelompok pelanggannya yang tersendiri.
Harga untuk set A yang mengandungi 2 mangkuk nasi, sayuran, sup tomyam, telur, seekor ayam golek berserta Air Bandung Sirap dan Kopi O hanya berharga RM 41.20 dan boleh dimakan untuk tiga orang.
Restoran ini terletak di Jalan Besar, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam. -Siakapkeli.my