Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PM Minta IGP Pastikan Insiden Gaduh Di Plaza Low Yat Tidak Berulang Lagi

14 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta bertindak tegas dalam membendung kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat tidak lagi berulang, demikian gesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya telah arahkan @KBAB51 (Khalid) untuk ambil tindakan membendung kejadian Plaza Low Yat daripada berulang.

“Perkara ini perlu dilihat sebagai jenayah, bukan masalah perkauman,” katanya melalui Twitter hari ini.

Najib dalam pada itu menyifatkan pihak yang menggunakan media bagi memanaskan lagi unsur perkauman ekoran pergaduhan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan 'lari' dari konteks sebenar.

“Satu perbuatan jenayah akhirnya dijadikan pertimbangan yang berunsur perkauman.

“Ini tidak seharusnya berlaku dalam negara kita," katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Macam mana nak pastikan selagi penipuan berleluasa dan unsur kongsi gelap turut memainkan peranan. Cuba lihat you tube pasal penjual memukul pelanggan yang tak jadi beli barang. Lepastu ramai pulak mat bangla ngan india kat tingkat atas meniaga. Apa dah jadi?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "