Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PLUS Tawar Rebat Sehingga 50% Bayaran Tol Untuk Pengguna Mereka Sempena Raya Aidilfitri

7 Jul 2015
No Comment


SUBANG JAYA: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Malaysia Berhad) dikatakan menawarkan rebat tol sehingga 50% kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang akan balik beraya nanti.

Bagaimanapun tawaran yang bermula 13 Julai ini hanya akan melibatkan mereka yang menggunakan perkhidmatan Smart Tag dan Touch ‘n Go.

Memetik laporan Astro Awani, rebat ini adalah salah satu usaha PLUS untuk menggalakkan orang ramai merancang jadual perjalanan mereka lebih awal seterusnya mengelak kesesakan di lebuhraya.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol tersebut akan ditawarkan untuk perjalanan sepanjang hari jarak jauh 100 kilometer pada 13 serta 23 Julai ini.

Ini adalah kali pertama kita buat rebat tol seperti ini, jadi kami pun nak tahu apakah tindakbalas daripada para pengguna, sama ada mereka akan mengambil kesempatan untuk menikmati rebat ini dan balik awal,” katanya.

Pemberian rebat ini melibatkan dua peringkat di mana bagi rebat tol 40 peratus adalah pada 14 dan 22 Julai ini anakala bagi rebat tol 30 peratus pula ditawarkan untuk perjalanan pada 15 dan 21 Julai.

Selain itu pihak PLUS juga telah mengeluarkan jadual waktu perjalanan bagi mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh puncak iaitu dari 16 Julai hingga 20 Julai ini.


Mengikut jadual berkenaan, pihak PLUS menasihatkan orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke bandar-bandar utama supaya menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan mengikut giliran masing-masing seperti di dalam jadual di atas.

Pihak PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan berada di atas lebuhraya berkenaan menjelang cuti perayaan ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "