Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Tetapkan Kakitangan Awam Dipotong Gaji Untuk Bayar Hutang PTPTN

7 Jul 2015




KUALA LUMPUR: Bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan akan membuat pemotongan gaji terhadap kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran dan tidak konsisten dalam menyelesaikan hutang itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal memberitahu, sebagai permulaan seramai 480 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dipotong gaji pada September ini.

Manakala potongan gaji untuk kementerian dan agensi lain akan ditetapkan kemudian selepas mesyuarat bersama dengan semua Ketua Setiausaha dan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat ini.

“Jumaat ini juga saya akan menyampaikan senarai nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN kepada KSU dan SUK agar penjawat awam membayar balik melalui potongan gaji,” katanya.

Dalam pada itu jumlah potongan gaji bagi setiap kakitangan awam akan mengikut kemampuan masing-masing, selain maklumat mereka akan diselenggara di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) supaya tidak terlepas dari membuat bayaran balik.

“Sebagai penjawat awam, kita harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan menjaga integriti untuk melunaskan hutang (pinjaman PTPTN) dan bukan lari daripada tanggungjawab,” katanya lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Bagus jugak langkah ni, kesian orang lain yang nak meminjam juga

    BalasPadam
  2. Bagus jugak langkah ni, kesian orang lain yang nak meminjam juga

    BalasPadam
  3. PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

    RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

    Boleh baca dalam post ni.

    Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "