Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perintah Bekukan Akaun Tidak Melibatkan Akaun Datuk Seri Najib - Peguam Negara

9 Jul 2015
No Comment


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menjelaskan bahawa segala pembekuan akaun yang dikeluarkan pada 6 Julai lalu adalah tidak melibatkan mana-mana akaun yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dalam satu kenyataan berhubung isu pembocoran dokumen oleh Wall Street Journal bertajuk "Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib" di mana portal berkenaan mendakwa Najib terlibat dalam mendeposit wang 1MDB sebanyak AS$700 juta ke dalam akaun peribadi.

Berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan, dan meminta supaya siasatan penuh dibuat dalam perkara itu.

Pihak Peguam Negara berkata mereka tidak teragak-agak mendakwa mana-mana ornag yang didapati membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan itu kerana ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

"Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain." 

"Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri," katanya dipetik Malaysiakini..

Kebimbangan terhadap kebocoran itu turut"disokong" oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau bagaimanapun turut bimbang dengan tuduhan sesetangah pihak yang mengaitkan dia dengan tuduhan politik.

"Tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "