Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumlah Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Hilang Amat Membimbangkan

9 Jul 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Kes melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun dari tahun 2011 adalah amat membimbangkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata daripada jumlah 8,842 yang dilaporkan hilang seramai 8,441 berjaya ditemui.

"Jumlah yang masih hilang agak tinggi dan membimbangkan," katanya selepas melancarkan 'Portal Kanak-Kanak Hilang' di ibunegara semalam.

Portal tersebut dilancarkan adalah kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Simstem ini adalah berbeza dengan NUR Alert yang telah diwujudkan pada 2011 bagi membuat sebaran pantas berkenaan maklumat kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang hilang.

"Portal Kanak-kanak Hilang" membolehkan orang ramai menyemak dan menyalurkan data kanak-kanak hilang secara 'real-time'," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "