Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

ISU 1MDB: Hanya Berserah Kepada Allah, Hentikan Fitnah Antara Satu Sama Lain - Rosmah

9 Jul 2015
No Comment


PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memohon kepada orang ramai suapaya menghentikan fitnah-menfitnah antara satu sama lain di bulan Ramadan yang mulia ini.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan WSJ yang dilemparkan kepada suaminya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut Rosmah, beliau sentiasa berdoa kepada suaminya itu.

“Sebagai isteri saya pun berdoa juga,” jawabnya dengan ringkas.

Mengenai kontroversi yang melibatkan Najib yang berlaku sekarang, Rosmah berkata dia hanya mampu berserah kepada Allah.

“Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.

Datuk Seri Najib baru-baru ini telah didakwa oleh portal WSJ mendeposit wang 1MDB sebanyak AS$700 juta(RM2.7 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun Najib menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan menafikannya dengan bakal mengambil tindakan undang-undang. terhadap WSJ. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "