Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KPN Tweet Arah Siasat Mesej "Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan"

8 Jul 2015


KUALA LUMPUR: Berikutan satu mesej yang menyebut "Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan", Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan agar perkara tersebut disiasat.

Arahan itu dikeluarkan oleh KPN melalui akaun Twitternya @KBAB51.

Menurut KPN tweet terbabit adalah satu bentuk ugutan, hasutan dan mengamcam ketenteraman awam.

"PCIRC @PDRMsia sila siasat originator message ini yg merupakan satu ugutan, hasutan dan mengancam ketenteraman awam" , arahnya di Twitter.

Disamping mesej tersebut, KPN turut melampirkan satu gambar Ahli Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke.

Semalam, Anthony Loke di dalam laporan SinarTV berkata beliau tidak menolak akan berlaku satu demonstrasi besar-besaran jika Najib masih tidak mahu meletak jawatan atau berehat sementara siasatan berhubung 1MDB dijalankan keatasnya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "