Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mesin Pengisar NutriBullet Meletup Di Muka Wanita

8 Jul 2015

Seorang wanita mendapat parut kekal dimuka apabila pengisar jenama "Nutri Bullet" meletup di mukanya.

Wanita berkenaan, Tysha Stapleton, 24, membeli "pengisar makanan luarbiasa" itu pada minggu lepas dengan harga £100(RM583.00).

Menceritakan bagaimana kejadian berlaku, wanita itu berkata mesin tersebut tidak berfungsi apabila hendak digunakan untuk kali kedua.

Apabila dia membuang bekas pengisar dari motornya dan memulasnya, dia terdengar bunyi letupan yang kuat dan pengisar itu meletup di mukanya.

"Rasa sakitnya sangat teruk. Saya dapat rasakan kulit saya terbakar."

"Saya sangkakan saya sudah buta. Kulit saya mencair di muka", katanya lagi.

Tysha mendapat parut kekal dimukanya
Tysha kemudiannya di bawa ke ke hospital untuk rawatan tersebut.

Walaupun dirawat dengan baik, doktor berkata parut akibat dari insiden itu akan kekal di mukanya.

Sementara itu, NutriBullet berkata mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen sehingga siasatan selesai.

"Kami selalu memastikan produk kami mengikut piawaian", katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "