Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serangan Keatas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam Negara Ini

8 Jul 2015
No Comment


PETALING JAYA: Tuduhan yang dilakukan oleh media Barat terhadap Perdana Menteri bukan sahaja untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi juga untuk mengucar kacirkan umat Islam dalam negara ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Menurut beliau strategi itu digunakan disebabkan UMNO mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi.

Jadi untuk kucar-kacirkan negara, mereka mesti lumpuhkan UMNO dengan menyerang pemimpin UMNO yang mana sebelum ini mereka membuat serangan di peringkat dalam negara tetapi tidak berjaya,” katanya memetik satu laporan dari Sinar Harian.

Selain itu, beliau juga berkata serangan ini adalah perancangan rapi dan agenda pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin Islam yang sebelum ini pernah berlaku di beberapa negara Arab.

Kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil hingga ke hari ini,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "