Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Tiga Gadis Myvi Mengamuk Sudah Selesai

8 Jul 2015

Shah Alam : Satu kes yang pernah menjadi viral pada bulan Mac lalu; iaitu kes tiga 'gadis Myvi' mengamuk; kini sudah pun selesai .

Kes itu diakhiri dengan pemandu teksi yang terbabit, Azmi Mat Mokhtar, 54, dan bapa kepada tiga gadis berkenaan, Syed Fareid Yahya, 51, bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di Mahkamah Majisteret Shah Alam, pagi tadi.

Majistret Ellyanan Razali memerintahkan Azmi; yang menghadapi empat pertuduhan merosakkan  merosakkan Perodua Myvi Sharifah Fara Difla, 28, dan tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada tiga gadis terbabit; agar membayar RM1,000 kepada semua mangsa.

Bagi kes bapa gadis berkenanaan yang bertindak menumbuk Azmi, dia diperintahkan untuk membayar RM50 kepada pemandu teksi terbabit.

Keputusan itu dibuat setelah kedua-dua pihak itu bersetuju atas terma sulit yang dipersetujui bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "