Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pergi Solat Terawih Untuk 'Usha' Tabung Masjid

6 Jul 2015
No Comment


SEGAMAT: Dua orang lelaki telah berjaya ditahan semalam selepas mereka dikatakan telah memecahkan tabung masjid di sini semesa orang ramai mengerjakan solat tarawih.

Mereka berjaya ditahan oleh jemaah masjid yang menyedari kegiatan mereka ini di mana kedua-dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di daerah ini hasil siasatan yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, seorang suspek telah berjaya ditahan dalam satu serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Segamat ke atas sebuah rumah di Jalan Hassan, jam 2.45 pagi.

“Kira-kira 15 minit kemudian, satu lagi pasukan dari IPD Segamat menahan rakan suspek pertama yang berusia 22 tahun di sebuah kediaman di sekitar Batu Anam,” katanya.

Mereka yang ditahan juga didapati positif dadah jenis syabu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "