Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KES DERA: Tempoh Tahanan Reman Bapa Dan Ibu Tiri Mangsa Dera Dilanjutkan

6 Jul 2015
No Comment


Pasir Mas: Bapa kandung dan ibu tiri kepada Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin yang menjadi mangsa dera telah direman selama tujuh hari lagi di Mahkamah Majistret tadi.

Tempoh penahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali sehingga 12 Jun ini.

Sebelum ini kami ada melaporkan kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah didera oleh ibu tirinya sehingga trauma teruk.

BACA: Badan Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Penuh Lebam Dan Parut Didera Ibu Tiri

BACA: Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari

BACA: Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk

Mangsa turut mengalami lebam-lebam di badan, patah tulang belakang yang menyebabkan dia kini bongkok, kaki patah membuatkan mangsa kini tempang dan terdapat bekas cucuhan api rokok di kemaluannya selain mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang..

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sebelum ini kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "