Posting terbabit, yang ditulis oleh pengguna Facebook Ryshernz Rayn telah mendapat lebih 20K shares.
Rysherz membandingkan harga yang dibayar jika seseorang bekerja part time dan beberapa harga makanan yang mampu dibeli dengan harga lebih kurang RM27 antara UK dan Malaysia.
Ini gambar tahun lepas. Dengan 5pound (lebih kurang RM27), saya boleh dapat pisang sesikat, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce dan 5 paket coklat Kinder Bueno kegemaran saya. Lima pound adalah bayaran satu jam bekerja part time.
Di Malaysia, satu paket Kinder Bueno tu dah RM4. 4x5 dah RM20. Anggur RM10, pisang RM5, epal RM5, lettuce RM4. Total RM44 lebih kurang. Dan bayaran bekerja part time : satu jam = RM4 sahaja.
Bagaimanalah untuk saya tidak membenci negara saya sendiri. Tolonglah beritahu kepada saya bagaimana????
Speechless!
Selain dari itu Rysherz Rayn turut menambah beberapa gambar di komen yang menunjukkan betapa murahnya harga makanan di UK. Menurut Rysherz dengan hanya bekerja selama sejam di UK sudah dapat membeli Nutella dan juga roti.