PUTRAJAYA: Mungkin berang akibat kenaikan harga petrol Rabu lalu, seorang lelaki membuat satu ugutan bunuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor semalam.
Ugutan itu dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya yang dikenali sebagaiKhairul Ez Jalil, sambil menuduh kerajaan zalim dan mencabar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkapnya.
"Malaysia PENGELUAR MINYAK. Bukan pengeksport macam lagi 159 Negara tu. So sah-sahlah kena jual murah.
"Contoh mak aku buat kuih donat, aku yang lapar ini nak makan donat. Tiba-tiba mak aku cakap 'No No No'. Nak makan beli harga pasaran.
"Ha nampak tak? Zalimnye tuh. Aku kalau dapat pistol, sumpah aku bunuh Najib dan Rosmah. Agak-agaknya kena tangkap tak aku keluarkan statement ini?" katanya.
Postingnya itu mula tersebar di kalangan pelayar Facebook sejak semalam.
Menyedari hal itu, Khairul bagaimanapun segera memadam status berkenaan. -Siakapkeli.my