Pengguna Lebuhraya NPE Bakal Nikmati Diskaun 20% Sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR - Orang ramai bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20% di tol NPE pada 17 Julai ini.
Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata diskaun itu akan bermula pada 12.01 pagi hingga 12 malam hari itu.
"Pemberian diskaun tol ini mungkin nampak tidak besar dari segi jumlahnya tetapi ia dapat mengurangkan beban pengguna yang menyambut Hari Raya di pusat bandaraya KL untuk menziarahi sanak saudara mereka," katanya memetik laporan Bernama.
Wan Salwani juga berkata pihaknya menyarankan kepada orang ramai yang ingin ke selatan agar menggunakan Besraya dan Lekas manakala bagi yang ingin ke timur menggunakan Besraya melalui Kuchai Lama untuk ke Loke Yew menuju ke MRR2.
"Kami turut menyediakan maklumat trafik terkini di semua 'Variable Message System' (VMS) sepanjang lebuh raya kami atau anda boleh mengikuti kami di Twitter untuk merancang perjalanan anda," katanya. - Siakapkeli.my