MANILA: Feri Kim Nirvana yang membawa 173 penumpang dan kru dilaporkan terbalik semasa sedang dalam perjalanan ke Pulau Camotes dari pusat bandar Ormoc.
Sekurang-kurangnya 36 penumpang dilaporkan maut selepas feri tersebut hilang kawalan kerana laut bergelora, demikian memetik laporan Astro Awani.
Pasukan keselamatan kini dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa-mangsa yang masih hidup dan menyelamatkan mereka yang berpaut pada badan feri yang terbalik itu.
Pegawai Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Pejabat, Ciriaco Tolibao yang dipetik AFP berkata seramai 53 mangsa yang masih hidup telah dibawa ke hospital manakala lebih 20 orang telah pulang ke rumah selepas kejadian tidak diingini itu berlaku.
"Kami akan memeriksa bahagian kapal untuk meyelamat lebih mangsa yang mungkin terperangkap di dalam badan kapal.
"Kami berharap misi menyelamat ini dapat diselesaikan sebelum gelap dan sebelum hari mulai hujan," ujarnya.
Radio Manila melaporkan 21 orang hilang namun ia masih belum dapat disahkan. -Siakapkeli.my