Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pak Lah Mahu Barisan Kabinet Baru Ambil Sikap Pantas Dan Tegas

29 Jul 2015





BANGI: Barisan kabinet yang baru mesti mengambil sikap pantas dalam menyelesaikan isu-isu semasa negara, demikian menurut bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Kalau tunggu-tunggu akan membawa lebih banyak kesusahan. Tindakan cepat itu yang mesti dibuat segera, untuk membawa apa jua kebaikan sebagai kesan daripada rombakan,” katanya sebagai mengulas harapannya terhadap barisan kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam.

Abdullah juga meminta rakyat negara ini memberi peluang dan masa kepada kepimpinan kerajaan yang baru.

“Bukan satu perkara yang senang tapi saya harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh supaya apa yang mereka rancang akan membawa kejayaan,” katanya lagi.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Najib menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai timbalannya bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dalam barisan kabinetnya.

Malah mengulas pengguran Muhyiddin, Abdullah berkata ada sesetengah keputusan yang semestinya akan diambil oleh Najib. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "