"Orang Tanya Saya BN Boleh Menang Tak Esok? Saya Kata Esok Bukan PRU" - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan telah ditanya wartawan samaada Barisan Nasional(BN) boleh menang atau tidak jika pilihan raya umum (PRU) diadakan esok.
Memetik laporan Astro Awani, Ahmad bgaimanapun tidak menajwab soalan itu sebalinya berkata 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.
"Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya.
"Esok ialah persiapan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).
Beliua berkata, pandangannya itu berbeza dengan pemimpin lain dalam BN yang mengatakan BN akan tewas sekiranya PRU14 diadakan esok kerana PRU14 hanya akan diadakan apda 2018.
"Oleh kerana itu, persiapan perlu dibuat untuk pemantapan parti dan kita kena bersatu. Pembangkang pecah belah, yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu, kita jangan berpecah belah," katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dibaut oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata sekiranya PRU diadakan esok, BN akan kalah.
Ahmad Maslan yang dahulunya mmegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan, kini dilantik menjadi Timbalan Menteri MITI dalam rombakan Kabinet tersebut. - Siakapkeli.my
Waduh2
BalasPadamPersiapan untuk pilihan raya = Wang rasuah disamarkan dengan nama wang bantuan. Hak tuih. Lima tahun kau hancurkan hak rakyat untuk kepentingan beberapa orang, harap duit yang tak sampai setengah ribu tu kita pandang?
BalasPadam