PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baru.
Memetik laporan Astro Awani, perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mmerombak kabinet hari ini.
Najib mengumumkan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.
Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Selain, Muhyiddin, turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid
Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh - Siakapkeli.my