Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MCMC Blok Akses ke Laman Web Sarawak Report

20 Jul 2015


PETALING JAYA: Akses kepada laman web Sarawak Report telah di blok oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan alasan ianya mungkin boleh menggugat kestabilan negara.

Melalui satu posting di laman Facebook rasminya, MCMC berkata laman web itu di blok setelah menerima sejumlah komplain dari orang awam kerana memuat naik informasi yang tidak berasas.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.", kata MCMC dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut juga turut mengatakan MCMC akan blok akses ke laman web tersebut sehingga Pasukan Khas yang menyiasat isu 1MDB selesai menjalankan siasatannya.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berkongsi maklumat di media sosial, yang boleh menyebabkan kestabilan negara tergugat sekiranya palsu. - Siakapkeli.my



Kenyatan Media: MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG YANG MENGGANGGU-GUGAT KESTABILAN NEGARA CYBERJAYA, 19 Julai 2015 --- ...
Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Sunday, 19 July 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "