KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghentikan aktiviti pelaburan dalam hartanah di luar negara, demikian menurut bekas Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.
Malah agensi kerajaan itu juga akan menjual sebahagian asetnya untuk membayar pinjaman.
"Kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelaburan di luar negara.
"Jika kami mendapat tawaran yang menarik terhadap aset yang kami beli, kami bersedia untuk mencairkannya," katanya.
Sebelum ini The Age, sebuah akhbar Australia mendakwa Mara Inc terlebih bayat sebanyak RM13.7 juta untuk urusan belian sebuah kompleks apartment di Melbourne dengan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di dalam negara.
Pulangan sebanyak 20 peratus bakal diperolehi MARA apabila memutuskan untuk menjual aset Ashley House di London.
Malah Annuar sebagai berkata MARA akan hanya menjual apartmen Dudley Internatinal House dan tiga lagi aset mereka di Australia sebaik sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan.
Jumaat lalu Annuar ditamatkan sebagai Pengerusi MARA selepas berkhidmat selama dua tahun. -Siakapkeli.my
Khidmat Annuar selaku pengerusi MARA selama dua tahun tamat Jumaat lepas. -Siakapkeli.my