Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, cuma perpisahan itu mengambil masa sekejap atau lama kerana dalam hidup ini sudah ditentukan, kita hanya merancang tetapi dalam pada masa sama kita tidak pula harus berharap semata-mata kepada ketentuan tanpa usaha.
Bila sudah berusaha, sebaik manapun kita merancang, jika perpisahan itu ditakdirkan berlaku maka anggaplah ia sudah tertulis bukan milik kita.
Tersebar dilaman sosial tentang kisah seorang lelaki yang memuatnaik status yang sangat tabah dan amat menyentuh di mana meluahkan rasa hatinya seorang lelaki tanpa menunjukan kesedihan tetapi dengan kata-kata semangat semasa kekasihnya itu koma pada raya ketiga lalu dan menghadap yang maha Esa beberap hari kemudian.
Wanita cantik yang merupakan bakal tunang lelaki berkenaan telah mengalami pendarahan teruk di kepala sebelum meninggal selepas beberapa hari koma di hospital.
Lebih menyedihkan segala persiapan untuk majlis pertunangan mereka telah diuruskan hanya menunggu masa mereka ditunangkan.
Berikut adalah gambar dan status yang dimuatnaik oleh lelaki berkenaan sejak kekasihnya itu koma sehingga pergi menghadap Ya Rabb.
Please wake up Dear...
Cepat bangun ehh.jangan ngelat..
Bila saya warded siap boleh selfie.. ini awak pulak warded apahal tido je memanjang?
Semua orang nak awak bangun..
Kita jumpa dekat sana...
Saya sayang awak tapi Allah lagi sayangkan awak..
Kejap lagi saya ziarah awak ye..
Our convocation day..
Punyalah excited tunjuk baju tunang dekat saya..
Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan...
Saya akan datang lagi....
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Nurul Ezzaty semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. Kepada Omar, anda harus kuat, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. - Siakapkeli.my