KLANG: Malang tidak berbau. Itu boleh digambarkan terhadap nasib yang menimpa Ng Ah Eng apabila bahagian ketiak kanannya tertusuk jeriji pagar hingga menembusi bahunya.
Kejadian yang berlaku petang semalam itu ketika lelaki berusia 68 tahun itu sedang berdiri di atas tangga hendak mencabtas pokok di perkarangan rumahnya, sebagaimana memetik Antarapos.
Namun tidak semena-mena dia tergelincir lalu tertusuk jeriji berkenaan.
Ng dibawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan tiga batang besi jeriji yang tajam itu masih melekat di bahunya.
Dia juga bernasib baik kerana besi berkenaan tidak terkena pada tulang dan saraf penting. Ng kini dilaporkan stabil. -Siakapkeli.my