Kuala Lumpur : Stesen Radio Hitz Fm baru-baru ini mendedahkan lelaki yang memakai baju pasukan Manchester United yang mencetus kontroversi baru-baru ini apabila menari di dalam stadium semasa pasukan Malaysia menentang Liverpool adalah sebenarnya satu eksperimen sosial.
Melalui laman Facebook milik Hitz Fm, lelaki tersebut adalah diupah mereka supaya sengaja memakai jersi pasukan Manchester United dan menari di hadapan penyokong Liverpool.
Seperti diketahui bahawa Manchester United dan Liverpool sememangnya musuh tradisi dalam arena bola sepak.
Gambar tersebut disertai deejay pagi iaitu Tengku Mohd Ean Nasrun, juga dikenali sebagai Ean, Ryan De Lewis, dikenali sebagai RD dan Ryan Matjeraie dimuat naik ke laman sosial mendapat ucapan dan kritikan daripada netizen. - Siakapkeli.my