Kit Siang Kata Pakatan Pembangkang Baru Tiada Penyertaan Dari PAS
KUALA LUMPUR: PAS akan disingkirkan daripada gabungan pembangkang yang baru selepas bertindak memutuskan kerjasama dnegan DAP.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata berakhirnya kerjasama PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini berpunca dari sikap parti Islam itu.
"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.
"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai," katanya sebagaimana memetik laporan mStar hari ini.
Malah Kit Siang turut memberitahu DAP dan PKR telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketahui mahu menubuhkan parti politik yang baru.
Ia sebagai meneruskan agenda pembangkang yang baru dalam membela nasib rakyat.
"Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.
"Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru, Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses untuk dibentuk," katanya. -Siakapkeli.my