Sedang tersebar di laman-laman sosial sejak semalam adalah rakaman video beberapa individu menghalang Penasihat DAP, Lim Kit Siang daripada berucap dalam satu majlis di Masai, Johor.
Kira-kira 50 individu mula menyerbu kedai makan dimana berlangsungnya program itu dengan membaling cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Kit Siang.
Meskipun diserang, Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Selain bertindak ganas, kumpulan berkenaan juga mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'babi', 'mampus', 'komunis' dan 'balik Kit Siang'.
Pihak polis juga didakwa gagal mengawal ketegangan tersebut. Hanya selepas 30 minit, keadaan mula beransur pulih apabil Kit Siang dibawa meninggalkan kedai makan itu.
Kit Siang dalam reaksinya terhadap kekecohan itu berkata, ini merupakan sejarah pertama bagi dirinya sepanjang terlibat dalam dunia politik.
Kononnya kekecohan itu didalangi pemimpin Umno Pasir Gudang, sebagaimana dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. -Siakapkeli.my
Di bulan puasa, bulan mulia...orang UMNO bertindak gila, seperti dirasuk! Malu saya tengok...makcik2 umno yang bertudung menyalak memaki hamun dengan kata2 kesat...sungguh luar biasa! Yang lelaki...yang bersongkok tinggi, tangan dia pun tinggi...betul2 memalukan bangsa dan agama.Ni jak yg sempat saya rakamkan...
Posted by Mordi Bimol on Sunday, July 5, 2015