Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyerang Pasukan Bola Sepak Negara, Rozaimi Cedera Parah Kemalangan

6 Jul 2015
No Comment


KOTA KINABALU: Penyerang pasukan Bola sepak negara yang juga permain skuad Liga Perdana Sabah, Rozaimi Abdul Rahman mengalami cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaikinya bersama sepupunya telah terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalui.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 1.30 petang tadi, Rozaimi menaiki kereta yang dipandu oleh sepupunya Awangku Mohd Farris Mahamud, 21, yang turut mengalami cedera parah.

Pegawai Hubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin mengesahkan kejadian ini di mana pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.34 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi.

"Bomba tiba di lokasi pada jam 1.46 tengah hari dan mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa lalu dihantar ke hospital dengan ambulans," katanya dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Penolong Pengurus Pasukan Sabah Rahman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan Rozaimi terbabit dalam kemalangan dan kini masih menerima rawatan lanjut.

Beliau, telah dikejar ke Hospital Queen Elizabeth dan dirawat di unit rawatan rapi(ICU).

Rozaimi kini masih belum sedarkan diri manakala sepupunya Mohd Faris dikatakan turut cedera parah dan dilaporkan tenat.



Bersama kita mendoakan agar beliau sembuh. Beliau baru sahaja timang cahaya mata. - Siakapkeli.my



*Kami akan kemaskini berita dari semasa ke semasa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "