Kertas Pertuduhan Terhadap Najib Adalah Palsu - Peguam Negara
PETALING JAYA: Sejak semalam tersebar gambar kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia merupakan dakwaan terbaru Clare Rewcastle Brown dalam Sarawak Report.
Namun hal itu dinafikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Kertas pertuduhan itu tidak pernah dikeluarkan Pejabat Peguam Negara, malah format yang diguna pakai juga tidak betul atau ditulis oleh jabatan itu," katanya yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara dalam satu kenyataan.
"Siasatan Pasukan Petugas Khas berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum lengkap, menjadikan ia mustahil bagi kertas pertuduhan dibuat lebih awal," katanya memetik mStar.
Beliau berkata penyebaran kertas pertuduhan itu sebagai stau konspirasi menjatuhkan Najib dengan mahu menjadikannya sebagai penjenayah.
Media berkenaan mendakwa bekas Peguam Negara, Tsn Sri Abdul Gani Patail dipecat kerana mahu mengambil tindakan terhadap Najib. -Siakapkeli.my