KUALA LUMPUR: Kenyataan "Kalau Esok PRU" dari Ahmad Maslan kini sudah menjadi trend dalam kalangan pengguna media sosial yang mengolah semula kenyataan terbabit menjadi lawak.
Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat kenyataan terbabit berikutan kenyataan dari Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pandangan bahawa Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan 'esok'.
Ahmad Maslan kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang kemudian menjadi viral di media sosial.
"Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya,” ujarnya.
Berikutan itu, orang ramai mula mengolah kembali kenyataan Ahmad Maslan sehingga menjadi bahan ketawa dan kini menjadi trending di twitter dengan hashtag #TweetGayaAhmadMaslan. - Siakapkeli.my
"Jgn lukakan hati perempuan"
"Knp?"
"Esok2 org buat balik kat anak kau"
"Esok sy xde anak lg"
#TweetGayaAhmadMaslan
— Two Point Zero (@pali9091) July 31, 2015
" Belajar dekat U ni kena rajin baru dapat pointer tinggi. Esok kerja senang hidup "
"Esok tak kerja lagi" #TweetGayaAhmadMaslan
— Irfan Abdullah (@IrfanAbdullah_) July 31, 2015
Pensyarah :Kamu ni jangan la asyik main jee.Cuba la study nanti
esok final kan senang.
Pelajar :Esok belum final
#TweetGayaAhmadMaslan
— AinuddinAdha (@AinuddinAdha) July 31, 2015
Bf: Syg, nti esok2 biy nak jd engineer la.
Gf: Esk biy masih skolh rendah lagi la
#mohonclash
#TweetGayaAhmadMaslan pic.twitter.com/CUlVb21ZvV
— mustaqim kmz (@DrMustaqim) July 31, 2015
Telefon ambulans
Maslan: Hello, bini saya nak bersalin
Operator: Adakah ini anak pertama?
Maslan: bukan.Ini suami dia
#TweetGayaAhmadMaslan
— Muhammad Azhar (@AzharKhilmy) July 31, 2015
Ayah : "Adik belajar rajin-rajin tau . Esok dah besar boleh berjaya"
Anak : "Esok belom besar"
#TweetGayaAhmadMaslan
— فرح نادیه (@farahnadiahx) July 31, 2015
Maslan : Nakk, esok kamu dah besar, kamu nak jadi apa?
Ahmad : Esok saya masih belum besar Ayah :D
#tweetgayaahmadmaslan
— #OhMKBeraya (@OhMaiKedah) July 31, 2015
" buat lah perangai tak senonoh kau ,kang esok dapat anak sebijik perangai kau"
" esok tak sempat nak ada anak mak" #tweetgayaAhmadMaslan
— SisKylla (@KyttyQueen) July 31, 2015
Mak & Ayah : blajaq rajin2 esok senang nak cari kerja ngan bini..
Anak : esok Sabtu cuti...
#TweetGayaAhmadMaslan
— amsyar ⓕⓐⓗⓜⓘ (@amsyar1999) July 31, 2015
Mak tk nampak kau belajar pun,esok nk bg bini makan pasir ke?
"Esok saya makan kt kantin sekolah je mak,bini otw🙈"
#TweetGayaAhmadMaslan
— ش. (@SyamilNazari) July 31, 2015
"Belajar rajin rajin, esok dah kerja boleh tolong keluarga"
"Esok cuti, tak kerja"
#TweetGayaAhmadMaslan
— Lann (@AqlanMuhammad) July 31, 2015