Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

ETS Dari KL Ke Kuala Kangsar Mula Beroperasi Esok

9 Jul 2015


KUALA KANGSAR: Bermula esok perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan mula beroperasi.

Buat masa ini perjalanan hanya terhad kepada dua kali sehari iaitu dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur, demikian menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa," katanya pada sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar, di sini hari ini. 
 
Perkhidmatan itu akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh dan Butterworth.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa anggaran empat jam 45 minit. 
 
Tren yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan. -Siakapkeli.my
 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "