Lelaki Paksa Isterinya Berjalan Dalam keadaan Separuh Bogel Selepas Dituduh Curang
Gara-gara menuduh isterinya curang, seorang lelaki bertindak diluar batasan apabila memaksa isterinya iut berjalan dalam ekadaan separuh bogel di depan khalayak ramai.
Mangsa, Wang Ni telah dipukul terlebih dahulu oleh suaminya sebelum dipaksa berjalan separuh bogel sambil memegang papan tanda bertulis "Saya mahu jual badan saya" mengelilingi sebuah bandar di daerah Yushan, China.
Suami wanita berkenaan, Zhang, 33, dikatakan tinggal di bandal lain kerana faktor kerja. Hasil perkongsian hidup dengan Wang Ni mereka dianugerahkan dua orang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu.
Kejadian bermula apabila Zhang telah kelaur dengan rakannya semasa pulang ke rumah Wang Ni, rakannya itu telah memberitahu bahawa isterinya itu telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan lelaki lain.
Dalam keadaan mabuk, Zhang telah pulang telah memukul dan memaksa isterinya itu menanggalkan pakaian dan berjalan di khalayak ramai dengan dia mengekori dari belakang menaiki kereta.
Bagaimanpun tindakan kejam Zhang itu berakhir apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan isnterinya dilaporkan trauma.
Namun hasilnya siasatan mendapati Wang Ni tidak pernah melakukan apa yang diceritakan oleh rakannya itu.
Zhang telah tampil memohon maaf kerana tindakannya itu melalui akhbar. - Siakapkeli.my