Jangan Buat Sebarang Spekulasi Dan Sebar Maklumat Palsu Mengenai Siasatan 1MDB - SKMM
Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) mengelaurkan amaran kepada semua pengguna laman sosial Facebook, Twitter, Whatsappdan pelbagai lagi media sosial supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai siasatan 1MDB yang tengah menjadi isu sekarang.
"Adalah menjadi satu kesalahan bila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedemikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang negara khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Jika didapati bersalah hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara,” tulis SKMM. - Siakapkeli.my