Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cahaya Mata Kedua Suntik Semangat Chong Wei

22 Jul 2015
No Comment

KUALA LUMPUR: Pada 9 Julai lalu, rumah tangga Datuk Lee Chong Wei dan isteri diserikan lagi kelahiran anak kedua mereka.

Datuk Lee Chong Wei berkata kehadiran cahaya mata baru itu bukan sahaja menyuntik semangat beliau malah turut memberi perspektif berbeza sebagai seorang pemain.

Menurut Chong Wei, dia tetap memberi tumpuan kepada keluarga walaupun dia kini dalam saat genting untuk menghadapi kejohonan dunia di Jakarta pada Ogos ini.

"Selepas kelahiran cahaya mata kedua, saya banyak meluangkan masa selepas saya selesai latihan untuk membantu isteri saya sementara tiada pertandingan beberapa minggu ini," kata Chong Wei.

Mengulas tentang kekalahannya dengan Chen Long di Terbuka Taiwan baru-baru ini, Chong Wei berkata dia tetap berpuas hati walaupun terpaksa akur.

"Saya berpuas hati dengan prestasi saya ketika kepada Chen Long di Terbuka Taiwan, walaupun tewas saya tetap berpuas hati.

"Terdapat beberapa kesilapan mudah yang saya lakukan ketika perlawanan tersebut dan saya kini telah menjumpai kelemahan untuk diperbaiki menjelang Kejohanan Dunia, Ogos ini," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "