Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf Selepas Diberi Amaran Oleh Rani Kulup
Masih lagi berkisar kontroversi melibatkan Diva Azwan Hj Ali berkenaan sikap melatahnya terhadap seorang wanita kerana salah faham nama sebuah restoran.
Selepas digertak oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kelmarin atas tindakan biadapnya itu, Azwan akhirnya tampil memohon maaf.
Permohonan itu dilakukan menerusi akaun Instagramnya semalam.
"Harap semua pihak bersikap terbuka dan menghentikan isu yang telah diperbesarkan oeh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
"Bak kata Ayah 'Ini bulan puasa! Hari Baik Bulan Baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api tolong muhasabah," demikian memetik posting Instagram artis itu.
Azwan juga semalam turut menerima kritikan dan teguran daripada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyifatkan tindakan selebriti sebagai salah satu tanda golongan fasik. -Siakapkeli.my