Ayah Mahu Resepi Ketam #Kipidap Dengan Harga RM30,000
Petaling Jaya : Resepi masakan #Kipidap Ayahanda Rani Kulup tidak dinafikan antara resepi masakan yang terkenal buat masa kini. Resepi #Kipidap ini bukan sahaja untuk ketam sahaja, tetapi turut merangkumi hidangan-hidangan lain seperti mi rebus.
Menurut Rani Kulup, resepi yang dimilikinya itu sangat istimewa dan dia bersedia untuk menjual resepi itu kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengkormesialkan resepi itu.
“Resepi yang saya guna adalah tradisi dari turun temurun, tidak boleh diberi begitu sahaja, memang sedap. Kalau sesiapa mahu resepi saya, saya letak harga bagi Ketam #Kipidap RM30,000 dan Mee Rebus #Kipidap RM60,000,”, katanya memetik FMT.
Abdul Rani turut berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka kelas masakan kerana ingin menegakkan kebenaran.
“Kelas masakan belum lagi, nanti lari tajuk perjuangan hendak menegakkan kebenaran. Tapi siapa yang hendak ambil saya menghadiri program masakan saya sedia beri khidmatnya” ujarnya lagi.
Rani Kulup juga turut membuka tempahan masakan sekiranya ada pihak mahukan dua resepi istimewa itu di musim perayaan. - Siakapkeli.my