Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB : Semua Pihak Termasuk Muhyiddin Perlu Sabar - Pejabat Perdana Menteri

27 Jul 2015
Kredit foto : FreeMalaysiaToday

SHAH ALAM - Berikutan satu video dari ucapan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang menjadi viral baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan lewat petang ini meminta agar semua pihak termasuk Muhyiddin Yassin agar bersabar menunggu hasil siasatan.

"Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan.

"Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan Umno," kata pejabat perdana menteri memetik laporan dari Sinar Harian.

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri juga menekankan perbalahan mengenai isuu ini tidak akan menguntungkan sesiapa malah akan merugikan sesama sendiri.

"Insya-ALLAH, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

"Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri," tambahnya lagi.

Sebelum ini satu video ucapan dari Muhyiddin menjadi viral apabila dimuat naik di media sosial.

BACA : VIDEO: Jika Esok Parlimen Dibubarkan, Tidak Mungkin BN Boleh Menang - Muhyiddin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "