Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

14 Tabiat Sihat Yang Kita Lakukan Seharian Dibuktikan Sebenarnya Adalah Perbuatan Sia-Sia

25 Jul 2015
No Comment

Banyak kajian telah dijalankan oleh beberapa orang saintis mengenai amalan seharian yang dianggap amalan sihat yang diamalkan oleh kita dalam kehidupan harian.

Dalam banyak-banyak kajian yang dilakukan terdapat beberapa amalan kesihatan yang kita amalkan dalam kehidupan seharian sebenarnya hanyalah perkara sia-sia, palsu atau pun sama sahaja jikat tidak dilakukan.

Kita semua asuh oleh iklan-iklan yang keterlaluan di kaca televisyen hanya untuk mempromosi produk. Berikut adalah 14 amalan tabiat kesihatan yang telah dilakukan kajian oleh saitis tentang keberkesanannya.

1. Menggunakan sabun tangan


Kita seriang menggunakan sabun tangan untuk mencuci tangan tetapi tahukah anda bahawa Norovirus dan C. difficile yang merupakan dua jangkitan yang biasa terjadi sebenanrnya kebal terhadap gel basuhan berkenaan.

Jika anda mahu pastikan tangan anda bersih hanya perlu basuh sekerap mungkin dengan air biasa.

2. Menggunakan ketuhar untuk memasak berbanding Microwave


Sebelum ini ada sesetangah orang mengatakan menggunakan ketuhar lebih baik dari menggunakan ketuhar gelombang mikro(microwave).

Ketuhar gelombang micro sebenarnya memasak makanan kita dengan lebih baik kerana ia masih menyimpan vitamin yang berada di dalam makanan berbanding ketuhar.

3. Minum susu badam


Banyak pihak mensarankan kita meminum susu badam kononnya memberi protein lebih kepasa si peminum. Tetapi tahukah anda dengan meminum susu badam yang mahal anda hanya berjaya menambah 25 kandungan protien harian berbanding meminum susu biasa yang lebih murah.

4. Jus Buah ditapis


Apabila kita mengkisar buah-buah untuk dijadikan jus terutamanya oren pasti kita akan menapis seratnya dengan hanya mengambil air.

Tahukah anda serat yang kita bazirkan itulah yang memberi kita banyak kebaikan buah berbanding air yang hanya terdiri dari kandungan gula.

5. Memegang nafas anda selepas seseorang bersin


Bersin kita boleh bergerak hingga 200 batu/jam. Ini bermakna jika anda menutup mulut dengan kain semasa bersin ia sudah pasti akan mengenai mata, mulut dan hidung.

6. Makan putih telur


Banyak orang tidak memakan telur kuning kerana ia dianggap mempunyai kolestrol yang tinggi.

Kolestrol yang anda ambil setiap hari sebenanrnya tidak memberi kesan ketara kepada kandungan kolestrol dalam darah anda kecuali jika anda mempunyai masalah jantung.

7. Mengelak MSG


Berdasarkan kajian MSG adalah selamat untuk di makan namun yang memudaratkan anda hanyalah apabila anda makan terlalu banyak makanan yang mengandungi MSG membuatkan penambah perisa ini terkumpul terlalu banyak dalam badan.

8. Menggunakan pelapik tempat duduk tandas


Virus tidak boleh hidup di udara terbuka untuk tempoh yang lama. Apabila anda duduk di tempat duduk tandas awam, ia sudah mati. Jadi penggunaan pelapik ini adalah sia-sia kerana tandas sudah pasti terdedah kepada udara terbuka menyebabkan bakteria tersebut sudah mati sebelum ia digunakan oleh orang lain.

9. Makan banyak vitamin


Walaupun kira-kira 50% penduduk dunia mengambil vitamin setiap hari tiada kajian yang membuktikan keberkesanannya walaupun pelbagai penyelidikan telah dijalankan.

10. Detoxing


Buah pinggang dan hati yang jauh lebih kuat daripada mana-mana sistem berasaskan pemakanan yang anda makan. Jadi jauhkanlah diet yang menggunakan detox dan belajar untuk makan dengan lebih teratur.

11. Meninggalkan terus glukosa



Hanya ~ 1% daripada penduduk dunia menghidap celiac disease (penyakit yang menjadikan mereka sensitif kepada gluten). Untuk lain-lain 99% daripada penduduk, tidak ada bukti yang mengesahkan bahawa gluten mempunyai kesan negatif.

12. Menggunakan basikal telentang


Mereka yang menggunakan basikal ini hanyalah orang yang memerlukan pembedahan kerana basikal biasa yang membuatkan ada berdiri lebih praktikal dan berkesan selain kos basikal terlentang ini lebih tinggi dari basikal biasa.

13. Mengambil terlalu banyak Vitamin C


Jika kita mengambil vitamin C lebih dari 2,000 miligram sehari ia akan menyebabkan anda akan mengalami cirit-birit, muntah, loya, pedih ulu hati, sakit kepala dan kesan sampingan lain.

14. Makan hanya makanan rendah lemak



Kajian selama lapan tahu telah dilakukan terhadap lebih 50,000 wanita tentang makan makanan yang rendah kandungan lemak tidak menunjukkan pun sebarang kemungkinan risiko untuk menghidapi kanser payudara, kanser kolorektal, atau penyakit jantung, dan kehilangan berat badan tidak lebih semakin berkurang. Sebelaiknya risiko untuk mereka terkena penyakit tersebut adalah sama dengan orang yang memakan makanan mengandungi lemak.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan artikel ini termasuk SK sendiri, tetapi ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan. Tetapi apa yang paling penting mengamalkan minum susu dengan badam adalah sesuatu yang sia-sia kerana ianya seolah tiada perbezaan sedangkan badam adalah mahal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli
    " "