Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video: Solat Tarawih 23 Rakaat Dengan Masa Kurang 8 Minit Di Indonesia

28 Jun 2015



Viral di laman-laman sosial kini adalah rakaman solat tarawih paling pantas yang dikatakan berlaku di salah sebuah sekolah agama di Udanawi, Blitar, Indonesia.

Video bertajuk "Heboh Shalat Tarawih Tercepat di Pesantren Mambaul Hikam Mantenan, Udanawu, Blitar" itu menunjukkan solat sunat tarawih itu dikerjakan sebanyak 23 rakaat dengan masa kurang dari 10 minit.

Ia mendapat perhatian meluas di negara itu, termasuk pelbagai komen-komen daripada masyarakat di sana.

Meskipun ada yang menganggap solat yang dikerjakan dengan cepat itu sebagai kelakar, ada juga yang mempersoalkan nilai kekusyukkan ibadah berkenaan.

“Solat Tarawih dilaksanakan sekali dalam setahun, itupun harus dilaksanakan setelah solat Isyak. Ia seharusnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Lebih baik ambil yang lapan rakaat tetapi khusyuk,” kongsi Allan Rudy.

“Sebaliknya mereka lakukan yang pelik. Yang sebegini dapat merosak aqidah Islam,” kongsi Syamsul Hudawai.

“Bacaan solat bagaimana? Ia seperti gerak-gerak sahaja,” kongsi Almaz Xarim. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "