Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Letih Terperangkap di Belakang Trak? Tidak Jika Trak Samsung

23 Jun 2015
No Comment

Tidak dinafikan jika anda terperangkap di belakang trak, hari anda akan mula menjadi suram. Mana tidaknya, saiznya yang besar dan kelajuannya yang perlahan membuatkan kita payah hendak memotong.

Biasanya, apabila keadaan ini berlaku, pemandu kereta akan mula mencarut-carut di dalam kereta. 

Tetapi Samsung tampil dengan solusi untuk perkara itu dengan memperkenalkan 'cermin' di belakang trak miliknya.

"Cermin" itu sebenarnya adalah skrin yang memantulkan paparan depan pemandu trak. Dengan "cermin" ini, pemandu yang terperangkap di belakang lori Samsung boleh memotong dengan lebih mudah dan yakin.

Menurut Samsung, trak(di dalam video) sudah tidak beroperasi lagi. Menurut syarikat gergasi itu, mereka kini sedang berbincang dengan kerajaan bagi menambah baik teknologi itu supaya boleh diguna pakai di jalan raya.

Menurut Samsung, "cermin" yang sekarang boleh diguna pakai di jalan raya yang hanya mempunyai dua lorong. Tetapi untuk jalan raya yang mempunyai lorong lebih dari itu, ia mungkin mencetus kekeliruan kepada pemandu di belakang. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "