Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tinggalkan Bayi Dalam "Baby Hatch" Tidak Dianggap Melakukan Kesalahan Jenayah

23 Jun 2015
No Comment


BUKIT MERTAJAM: Bagi mana-mana ibu yang melahirkana anak luar nikah yang meletakkan anak di dalam 'Baby hatch' atau peti pelindung bayi dengan selamat bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan jenayah.

Ia diwujudkan adalah untuk bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin meningkat dan menyelamatkan bayi baru lahir yang tidak berdosa meninggal atau cedera.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang Abd Aziz Abd Rahman berkata walaupun 'Baby Hatch' ini sudah lama diwujudkan tetapi masih ramai mereka memilih untuk membuang bayi ke dalam tong sampah, mangkuk tandas, longkang atau tandas.

"Membuang bayi merupakan cara yang paling mudah oleh pasangan yang berzina dan hamil sebelum nikah dalam kehidupan moden ini tetapi mereka tidak boleh membuang bayi di kawasan yang menjijikkan.

"Ramai yang masih tidak mengetahui tentang 'bayi hatch' yang disediakan dan disebabkan fobia serta panik, mereka membuang bayi ke dalam tong sampah. Tujuan sebenar penyediaan 'baby hatch' ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, 'baby hatch' sudah disediakan di KPJ Pulau Pinang tahun lepas dan setakat ini tiada lagi bayi yang diletakkan di situ mungkin kerana ramai tidak tahu mengenai perkara ini.

Perbuatan meninggalkan bayi di 'baby hatch' bukan kesalahan jenayah. jadi kepada mereka pasangan yang melahirkan anak luar nikah daripada buang ditempat tidak selamat eloklah tinggalkan anak tidak berdosa tersebut di dalam 'Baby Hatch' ini.

Pada masa kini ada sembilan cawangan KPJ menyediakan 'baby hatch' daripada 26 rangkaiannya iaitu di KPJ Tawakkal (Kuala Lumpur), KPJ Seremban, KPJ Ipoh, KPJ Johor, KPJ Kuantan, KPJ Pulau Pinang, KPJ Perdana (Kota Bharu), KPJ@Damai (Kota Kinabalu) dan KPJ Kuching.

Abd Aziz berkata tujuh bayi diselamatkan melalui 'baby hatch' di sembilan hospital KPJ sejak kemudahan itu dilancarkan pada 2010 oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan OrphanCARE.

Bayi yang diletakkan di dalam peti berkenaan akan diserahkan kepada polis sebelum pihak polis menyerahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "