Penduduk Kepulauan Ai Indonesia Gempar Selepas Air Laut Bertukar Menjadi Merah Darah
Fenomena perubahan warna air laut yang menjadi seperti warna darah di Pulau Ai, Kepulauan Banda, Kabupaten Maluku Tengah, telah mengejutkan penduduk tempatan di pulau tersebut.
Kebanyakan mereka menjadi takut untuk memakan ikan kerana khuatir ikan tersebut mengandungi racun.
Ada penduduk percaya itu adalah satu petanda bahawa bencana besar akan terjadi di tempat berkenaan.
Memetik laporan Komps.com, mereka telah menghubungi Ketua Pemangku Adat (Latupati) Banda Neira, Ismail Husein mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurut Pakar Ekologi Laut dan Biokimia Pusat Penelitian Laut Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, A’an Johan Wahyudi membuat teori bahawa keajadian berkenaan mungkin ada berkaitan dengan alga merah yang berkembang kerana faktor cuaca dan persekitaran laut berkenaan.
Bagaimanapun kejadian itu terjadi tidak lama selepas dilaporkan air laut berkenaan sudah beransur pulih seperti sedia kala di mana iarnya kembali membiru.
Pulau berkenaan berkenaan merupakan salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk menjalankan aktiviti selaman kerana khazanah lautnya yang cantik dan airnya yang jernih. - Siakapkeli.my