Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketua Lanun Dedah Terpaksa Tunggu 14 Hari Sebelum Rompak MT Orkim Harmony

23 Jun 2015




HANOI: Ruslan, yang merupakan ketua perompak MT Orkim Harmony mengakui kumpulannya menunggu selama dua minggu sebelum bertindak merampas kapal tangki berkenaan.

“Kami menunggu selama 14 hari di laut sebelum berjaya merampas kapal tangki MT Orkim Harmony," katanya melalui pengakuan terbuka kepada Komander Pengawal Pantai Wilayah 4, Kolonel Le Van Minh, sebagaimana yang dipetik melalui media tempatan.


Ruslan yang berasal dari Pulau Natuna, Indonesia itu juga turut mengakui kumpulannya menyasarkan rompakan kapal tangki itu sejak ia masih berada di perairan Malaysia.

Dia turut mendedahkan gerak kerja yang dilakukan semasa merampas kapal itu, dimana menggunakan kapal tunda untuk mengekori MR Orkim Harmony yang ketika itu sedang belayar dari Singapura ke Pelabuhan Tanjung Sedili, Johor.

Ruslan termasuk tujuh rakannya yang lengkap bersama parang dan pistol menyerbu naik kapal berkenaan, manakala anggota rompakan yang lain mencari pembeli minyak petrol.

Biro Maritim Antarabangsa di Kuala Lumpur dalam laporannya susulan penyiasatan rompakan itu melaporkan kesemua perompak membawa kesemua anak kapal sebagai tebusan, memindahkan minyak dari kapal tangki itu, mengubah arah laluan perjalanan kapal dan mencuri beberapa barangan di dalam kapal, termasuklah merosakkan sistem radio di dalam kapal sebelum belayar ke lokasi yang lain.

Dalam pada itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) percaya perompak MT Orkim Harmony adalah daripada kumpulan lanun profesional yang pernah terbabit dalam beberapa kejadian rompakan kapal dagang antarabangsa.

Mereka yang disyaki ini disifatkan sangat profesional memandangkan pakar dalam pengendalian dan pengoperasian kapal yang canggih selain pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "