Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Isu Bogel : Warga Britain Buat Permohonan Maaf Bersama Ibu & Ayah

14 Jun 2015


LONDON: Salah seorang pelancong wanita yang berbogel di Gunung Kinabalu baru-baru ini meminta maaf dalam satu video setelah dihantar pulang dari Malaysia.

Wanita warga Britain itu, Eleanor Hawkins, 23, membuat kenyataan memohon maaf itu bersama ibu dan ayahnya.

"Saya sedar sudah berkelakuan bodoh dan tahu kesilapan itu telah memberi kesan kepada penduduk di Sabah. Untuk itu, saya sesungguhnya memohon maaf," jelas Hawkins di luar kediamannya di Draycott, England.

Eleanor tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada pagi Ahad.

Ibu Eleanor, Ruth berkata anaknya telah diadili dan dihakimi oleh pihak berkuasa Malaysia dan menjalani hukuman sepenuhnya.

"Dia sedar apa yang dilakukan itu adalah salah dan tidak menghormati dan...dia telah sewajarnya dan adil dihakimi oleh pihak berkuasa Malaysia dan menjalani hukuman sepenuhnya."

Empat pelancong yang berbogel di Gunung Kinabalu telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM5,000 serta penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bermula pada Selasa lepas. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "