Pelawak Rahim, yang pernah berkolaborasi bersama Sepahtu dalam Program Maharaja Lawak Mega Musim ke-13 dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Rakan baiknya. Jep Sepahtu memaklumkan keadaan kesihatan Rahim melalui posting di laman Instagramnya, hari ini.
Bagaimanapun Rahim kini dilaporkan semakin stabil selepas mendapat rawatan.
Sebagaimana yang disahkan oleh doktor yang merawat Rahim, belakang badan pelawak itu juga terdapat lebihan lilin akibat sapuan Vicks yang berlebihan.
Jep turut memberitahu Shuib sebelum itu cuba membantu Rahim dengan menyapu Vicks di badannya.
Mungkin niat Shuib baik mahu membantu Rahim yang sedang dalam kesakitan, namun tanpa sedar ia barangkali boleh mendatangkan kesan yang memudaratkan.
Apapun kami berharap Rahim cepat sembuh dan boleh kembali beraksi dan melawat seperti biasa. -Siakapkeli.my