Video: Bayi Comel Makan Durian Dengan Gaya 'Like A Boss'
Masih lagi dalam mood musim durian. Kita tahu ramai rakyat Malaysia sukakan keenakkan raja buah ini.
Bagi masyarakat luar pula, ada yang tidak berani mencuba kerana mungkin rasanya yang sedikit pelik, tidak seperti buah-buahan yang lain.
Tetapi tidak dinafikan ramai lagi masyarakat luar yang terus jatuh hati dengan rasa durian ini. Anda boleh lihat ramai mat salih dan pak arab singgah di gerai-gerai menjual buah durian, sampai ada yang sanggup makan di situ juga.
Tak percaya? Lihat keletah bayi comel ini yang suka sangat dengan rasa durian. Lepas satu, satu dijamahnya. -Siakapkeli.my