Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Beradik Tak Berkhatan Kerana Kesempitan Hidup

29 Jun 2015

SKUDAI - Kerana kesempitan hidup, tiga beradik di sini masih belum dapat melaksanan urusan berkhatan walaupun usia mereka bertiga sudah mencecah 12 hingga 15 tahun.

Ibu kepada adik beradik berkenaan, Siti Farzilah Mohd Yati, 34, yang tinggal di Jalan Jebat 26, Taman Sri Skudai berkata anak sulungnya yang berusia 15 tahun terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pembantu restoran untuk menampung sembilan lagi adik yang lain.

Bila melihat kehidupan sukar yang dialami anak-anak menyebabkan saya berasa amat sayu dan dia sendiri sudah tentu berasa malu kerana sehingga kini masih belum bersunat kerana saya tidak mampu menanggung kos yang mencecah RM200 seorang.

Anak sulung sudah berhenti bersekolah sejak enam bulan lalu dan bekerja sebagai pembantu restoran,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Menurut ibu 10 anak itu juga, kehidupan mereka sekeluarga mula terhimpit apabila suaminya tidak memberi nafkah sejak akhir tahun lalu dan jarang pulang ke rumah.

Katanya juga, mereka kini menumpang ibunya, Sabariah Daud, 60.

Saya tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil berusia antara tujuh bulan sehingga 15 tahun.

Selain itu, Farzilah juga berkata kesempitan hidup menyebabkan dia tidak mampu menyewa bas sekolah untuk anaknya menyebabkan anak-anaknya terpaksa berjalan kaki lebih 10 kilomter untuk ke sekolah.

Beban kewangan ini menyebabkan anak-anak saya terpaksa berjalan kaki untuk ke sekolah lebih 10 kilometer dari sini kerana sudah empat bulan tambang bas sekolah tertunggak sebanyak RM150 sebulan,” katanya lagi.

Farzilah berkata dia berharap agar dapat menjalani latihan kemahiran dan memulakan perniagaan bagi membiayai keluarganya namun dia tidak mempunyai peluang kerana tidak mempunyai peralan dan juga modal.

Sejak dulu saya ingin bekerja tapi keadaan anak-anak yang masih kecil dan perlu membayar upah penjaga menyebabkan saya tidak dapat bekerja.

Saya berharap dapat menjalankan perniagaan dari rumah sebagai pendapatan kerana kami tidak ada menerima sebarang bantuan selain bantuan yang pernah diterima suami sebanyak RM200 dari baitulmal,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik berkata pihaknya akan turun padang membantu keluarga Farzilah menyelesaikan urusan berkhatan dan melangsaikan tunggakan tambang bas sekolah.

Bantuan disalurkan menerusi dana Tabung Sayangi Gelang Patah. Selain itu kita turut memberikan bantuan barangan keperluan dapur.

“Kita juga akan mengetengahkan kes keluarga ini kepada Jabatan Agama Islam Johor dan memohon bantuan sekiranya layak,” katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "