Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tanam Anak Bawah Lantai Dapur : Bapa Didakwa Atas Kesalahan Membunuh

12 Jun 2015

SELAYANG, 12 Jun: Ayah kepada mayat kanak-kanak lelaki yang dijumpai tertanam di lantai dapur rumah di Kepong baru-baru ini, Loo Chon Wen, 33, didakwa atas kesalahan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibu kepada mangsa pula, Tan Boa Jia, 32, didakwa atas pertuduhan melupuskan bahan bukti di bawah Seksyen 201.

Jika didapati bersalah, Tan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Mahkamah majistret juga telah mengarahkan Tan menjalani penilaian psikiatri berikutan peguam Kitson Foong mengatakan Tan mempunyai sindrom didera suami.

Sebelum ini, pasangan tersebut menanam mayat anak lelaki mereka berusia sembilan tahun dalam sebuah rumah yang disewa di Taman Usaha Jaya, Kepong. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "