Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat MH148 Milik Malaysia Airlines Mendarat Cemas Selepas Enjin Terbakar

12 Jun 2015
No Comment


MELBOURNE: Pesawat penerbangan MH148 milik Malaysia Airlines (MAS)yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur mendarat cemas dipercayai disebabkan masalah enjin.

Pesawat tersebut yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne telah berpusing-pusing beberapa ketika di kawasan teluk untuk membuang minyak bagi mengurangkan beratnya sebelum selamat mendarat pada pukul 3 petang waktu tempatan.

Menurut laman web Flight Radar 24, mereka menunjukan pesawat tersebut berpusing-pusing mengelilingi lapangan terbang.

Menurut jurucakap Airservices Australia, semasa kejadian semua operasi penerbangan dihentikan sementara waktu bagi membolehkan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat.

"Satu kebakaran kecil telah berlaku pada enjin pesawat Aibus A330 berkenaan, dan sebagai adalah keselamatan standard biasa dilakukan apabila juruterbang telah mengambil langkah keluar ke kawasan teluk untuk membuang bahan api, dan ia akan mendarat tidak lama selepas itu," katanya.

Pada jam 3.20 petang, lapangan terbang Melbourne melalui media sosial telah mengesahkan bahawa penerbangan MH148 dapat mendarat dengan selamat.

"Semua operasi di lapangan terbang Melbourne berjalan seperti biasa selepas itu," kata mesej di akaun Twitter mereka.

Pihak MAS telah mengambil tindakan untuk memperbaiki masalah tersebut dan membuat pernilaiaan lanjut oleh jurutera mereka.

Pesawat berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur membawa 300 penumpang dan anak kapal.

Bagaimanapun hasil siatan awal, kebakaran pesawat itu tidak menunjukkan bukti fizikal api merebak hingga keluar pesawat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "